Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum. sudah berapa lama aku tak update kali ni. cerita kali ni mungkin lain daripada cerita aku sebelum sebelum ni. ha! suspen tak nak tau? cerita aku kali ini berkaitan dengan.................................
TADAAAAA!!
ha, sebenarnye gambar ni takde bgtau korang ape ape pon kan, actually i was here Madinah al-Munawwarah. Ya Allah tempat ni sangat lah awesome. pada tanggal 13 januari aku sekeluarga pon bergerak ke KLIA dan menaiki flight menuju ke Jeddah Airport yg engambil masa lebih kurang 9jam perjalanan. fuhhh. penat tu memang lah. tapi hati ni cuak gila kot nak sampai kat sana.
aku bukan apa, maklumla sepanjang lapan belas tahun hidup ni dosa pon boleh tahan banyak lah jugak kan. tambah pulak bila dengar macam macam cerita daripada orang yg dah pergi sana, konon kononya dosa yg kita lakukan berkemungkinan akan dibalas semasa kat buat umrah atau haji. lagi lah aku berdebar mengalahkan nak amik result spm. "kot".
lepas tu pon aku ni naiklah bus dalam lebih kurang 8 jam ke Madinah! yeah! masa aku sampai Madinah, tengah azzan waktu zohor. dan... sangat membuat kan mata aku terbeliak apabila,,,
bila azan je, semua orang secara automatik akan bergegas ke massjid. ni lah yg buat aku kagum sangat sebab jarang nk jumpa macam ni bila kat Malaysia. lagi satu, peniaga peniaga kat sana akan tinggal kan je barang barang diorang macam tu je. dalam hati aku *diorang ni tak takut kena curik ke barang tu. ni lah yg membuktikan diorang lebih pentingkan ukhrawi drpd duniawi. diorang sangat menjaga solat lima waktu malah dilakukan secara berjemaah pulak. di masjid nabawi lagi. memang salute lah kat mereka semua. gambar kat atas tu gambar aku tau, wink wink ^.^
apa yang special nya kat sini, mestilah masjid Quba'. sesiapa yg menunaikan solat kat dalam masjid ni akan diberi ganjaran pahala sebanyak satu kali pahala umrah, so tak kan lah nak lepaskan pulak kan?
ha! yg kat belakang aku tulah masjid Quba. ok next destitanation, kami pon pergi lah melawat ke kebun kurma. kat sana boleh rasa semua kurma yang sebab semua nya Halal!
kat belakang aku tulah kebun kurma, sekali pandang macam pokok kelapa sawit je tapi dua kali pandang rupa rupanya bukan.
next, jabal uhud. kat sini lah berlaku nya peristiwa perang uhud. ramai yg syahid tau masa tu. lagi satu, batu kat bukit uhud ni merupakan salah satu batu kat dalam syurga. masa banjir, bukit uhud ni je yg tak tenggalam. banyak peristiwa bersejarah yg berlaku kat sini.
ni lah dia jabal uhud!
masyaAllah sungguh indah ciptaan Allah di bumi anbia ini. serious talk aku rindu nak pergi Kota Madinah! kalau boleh nak stay dekat sana jek. best memang gile tak terkata. hihukk.
cantik kan masjid Nabawi? ok abaikan muka aku yg memang agak hodoh tu.tapi walau pon hodoh, pengalaman yg memang aku tak dapat lupakan masa ni ketika berkunjung ke Raudhah dan juga makam Nabi Muhammad s.a.w . hari terakhir di Madinah baru berpeluang pergi melawat di atas sebab yg memang tak dapat dielakkan. tetapi alhamdulillah kerana urusan untuk masuk ke dalam dipermudahkan. di Raudhah memang pengalaman yg paling best sekali masa dekat Madinah. perasaan tu memang sukar digambarkan masyaAllah. rindunya pada Raudhah yg merupakan salah satu taman syurga. bau nya sangat wangi. mengalah kan perfume britney spears gitu. hikhok..
balik jek dari masjid aku mesti beli kebab dekat sini. kebab dekat sini memang sedap dan tiada tolok bandingnya, cewahh. jadi sesiapa yg berkunjung kat sini kalau terasa teringin nak makan kebab aku syorkan belilah kat kedai ni. kebab di sini hanya SAR5 sahaja. murah jek dan sedap. memang berbaloi!
aktiviti aku selepas balik dr masjid selain membeli kebab adalah membeli belah sedikit jek. memang rambang mata. sebab sepanjang jalan dr masjid ke hotel memang bnyk org yang berjual. jd aku taknak lah melepaskan jugak peluang. aku pon join sekaki. tapi barang yg aku beli sikit jek. cukup untuk buat kenang kenangan. :)
jubah memang banyak tapi tengok jugak material kain nya.
sempat bergambar bersama Mak Minah iaitu makcik yg sedikit sebanyak mengajar kami perihal umrah.
*i was the photographer at that time :(
rindukan Masjid Nabawi serta segala yg ada di Kota Madinah. tidak lupa juga rinduku terhadap Rasulullah s.a.w. semoga aku diberi peluang untuk berkunjung ke sini lagi dan segalanya dipermudahkan. Amin.
..
satriarainbow.blogspot.com
Tuesday, 9 April 2013
Thursday, 7 February 2013
setia hujung nyawa
Assalamualaikum all. hye! melihat picture kat atas dah tahu kan nak cerita pasal ape. yg aku geram sgt ni. aku masih lagi tak dapat cari novel ni. novel ni dah di sold out di semua kedai buku di segamat. waaaa, mana aku nak cari ni.
omaigadddd! sememang nye aku memang sgt lah gila dgn cerita ni. mau nye tak gila kalau setiap kali tgk cerita ni mesti senyum sorang.
aku tersangatlah cair ni, sebab dia sgt hensem dan merupakan hero pujaan malaya bg aku *zain min ho. dah lah sweet, romantik, semua lah. kalau aku lah ada org masuk meminang macam ni, skrg jugak aku terima.
aku pun nak jugak ada cerita cinta yg indah macam ni. heee bestnye. ok lah. ni je entry kali ni. aku nk pegi khatamkan cerita ni bnyk kali. babai! assalamualaikum :)
Subscribe to:
Comments (Atom)